Widget HTML #1

Bahasa Melayu (Kuno, Klasik, Modern); Sejarah Perkembangan, Tokoh, Peninggalan, Ciri-cirinya

Boedaja - Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, yaitu orang Melayu. 

Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropa seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

Teori mereka menyatakan bahwa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, yaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudian nya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi

Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. 

Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. 

Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. 

Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. 

Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

Para ahli bahasa telah membagi perkembangan bahasa Melayu kepada 3 (tiga) tahap utama yaitu sebagai berikut:

  • Bahasa Melayu Kuno,
  • Bahasa Melayu Klasik dan
  • Bahasa Melayu Modern.

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. 

Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. 

Pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran karena sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. 

Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbedaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosakata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. 

Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. 

Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa yaitu sebagai berikut:

  • Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M).
  • Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M).
  • Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M).
  • Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M).

Bahasa Melayu
Batu Bersurat

Berdasarkan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai wilayah meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. 

Oleh karena itu, ini menunjukkan bahwa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Sriwijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya. 

Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. 

Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keadaan Raja China. 

Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Adapun Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri yaitu sebagai berikut:

  • Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.
  • Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan – wulan)
  • Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan – dngan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat – niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa modern (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. 

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosakata, struktur ayat dan sistem tulisan.

Terdapat 3 (tiga) batu bersurat yang penting yaitu sebagai berikut:

  • Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
  • Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat 
  • Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. 

Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. 

Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. 

Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibagikan kepada tiga zaman penting yaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau

Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. 

Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. 

Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. 

Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. 

Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru yaitu tulisan Jawi. 

Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. 

Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

Kedatangan orang-orang Eropa dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. 

Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. 

Berikut beberapa contoh usaha mereka yaitu:

  • Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayaran nya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropa yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar. 
  • Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.
  • Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :

“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaan nya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan Melayu. 

Diantaranya adalah sebagai berikut:

  • Surat Sultan Aceh kepada Kapitan Inggris, James Lancester (1601).
  • Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602).
  • Surat Sultan Aceh kepada raja Inggris, King James (1612).

(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London).

Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropa untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang selanjutnya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. 

Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastra. 

Palembang dan Aceh telah menggantikan Melaka sebagai pusat keintelektualan Melayu. 

Adapun tokoh-tokoh di Aceh antaranya ialah sebagai berikut:

  • Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”).
  • Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”).
  • Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”).
  • Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”).

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.

Selain daripada Aceh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. 

Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. 

Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:

  • Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif.
  • Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.
  • Kosakata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) 
  • Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat
  • Banyak menggunakan partikel “pun’ dan `lah’

Perkembangan Bahasa Melayu Modern

Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. 

Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu modern kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. 

Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahwa, “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang di-peruntuk-kan dengan undang-undang Parlimen”. 

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahwa bahasa Melayu ialah bahasa resmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan resmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).

Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.

Terima Kasih.


Sumber: zanas.wordpress.com

Post a Comment for "Bahasa Melayu (Kuno, Klasik, Modern); Sejarah Perkembangan, Tokoh, Peninggalan, Ciri-cirinya"